KELAB
PENGGUNA
SMK PANTAI
2012
Kelab ini disertai oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan. Pelajar
yang mengambil mata pelajaran perdagangan digalakkan menyertai kelab ini. Kelab
ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar dalam pelajaran terutama mata
pelajaran yang disenaraikan di atas. Melalui kelab ini, pelajar dapat
mengetahui hak-hak kita sebagai seorang pengguna dan memahami cara atau langkah
menuntut hak sebagai pengguna yang sepatutnya. Selain itu, melalui kelab ini,
hubungan yang mesra dan erat dapat terjalin dalam kalangan pelajar.
VISI
Kelab pengguna memupuk pelajar-pelajar menjadi seorang yang bijaksana dan mengetahui hak-hak sebagai seorang pengguna.
Kelab pengguna memupuk pelajar-pelajar menjadi seorang yang bijaksana dan mengetahui hak-hak sebagai seorang pengguna.
MISI
Kelab pengguna akan menjadi model kelab di peringkat Labuan pada tahun 2015.
OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna serta isu-isu kepenggunaan semasa.
Meningkatkan pengalaman, kemahiran & kepimpinan di dalam hal-hal kepenggunaan.
Memupuk semangat berpasukan dan bersatu-padu di kalangan ahli-ahli kelab dalam membuat keputusan dan menyuarakan pendapat di dalam hal-hal kepenggunaan.
Menyemarakkan kegiatan kepenggunaan di kalangan ahli kelab dan rakan sekolah

No comments:
Post a Comment