Thursday, 17 May 2012

Smart Generation 2012



Perlembagaan Kelab Pengguna



PERLEMBAGAAN KELAB PENGGUNA

1.        NAMA DAN ALAMAT
Kelab ini akan dinamakan Kelab Pengguna SMK Pantai, Labuan. Alamat kelab ini adalah SMK Pantai, Peti Surat 81755, Jalan Pohon Batu, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan.

2.        MATLAMAT
2.1      Memupukkan minat dalam menyedari hak sebagai seorang pengguna yang bijak.
2.2   Meningkatkan taraf kemahiran dalam menuntut hak sebagai pengguna dan menjadi pengguna bijak.  

3.        OBJEKTIF
3.1      Melahirkan wakil sekolah, bahagian mahupun negeri untuk pertandingan permainan
3.2      Mampu menarik ramai ahli setiap tahun. 

4.        KEAHLIAN
4.1      Dibuka kepada semua murid sekolah ini
4.2      Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3      Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5.        GURU PENASIHAT
5.1      Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2               Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3      Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
5.4      Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

6.        AHLI JAWATANKUASA
6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2       Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK
6.3      Pemilihan AJK secra undian.
6.4      AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5      AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6      Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri;
             Pengerusi
             Timbalan Pengerusi
             Naib Pengerusi  (bilangan ikut keperluan)
             Setiausaha 1/ 2
             Bendahari 1/ 2
             AJK Kelas / bergantung kepada keperluan
             Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

7.        KEWANGAN
7.1       Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung iaitu RM 1.
7.2      Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
7.3      Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

8.        KEHADIRAN / PENYERTAAN
8.1      Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
8.2      Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan / kelab.

9.        AKTIVITI
9.1      Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK
9.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

10.     PERATURAN-PERATURAN
10.1     Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.
10.2      Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
10.3    Ahli2 yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

11.     TIDAKAN DISIPLIN
11.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaam persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
11.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut ;
             11.2.1         Amaran lisan
             11.2.2         Amaran bertulis
11.2.3   Gantung keahlian
11.2.4             Pecat keahlia
11.3     Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.
11.4      Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

12.     PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda
12.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
12.3              Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
12.4     Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab/persatuan dan disahkan oleh Pengetua.

13.     PEMBUBARAN PERSATUAN
13.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
13.2    Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

14.     HAL-HAL LAIN
14.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
14.2    Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

                       
Tandatangan Setiausaha, Pengerusi, Guru Penasihat
Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah



___________                         Cop Sekolah :                                        Tarikh :_____________
Pengetua 

Visi dan Misi


KELAB PENGGUNA  
SMK PANTAI
2012

Kelab ini disertai oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan. Pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan digalakkan menyertai kelab ini. Kelab ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar dalam pelajaran terutama mata pelajaran yang disenaraikan di atas. Melalui kelab ini, pelajar dapat mengetahui hak-hak kita sebagai seorang pengguna dan memahami cara atau langkah menuntut hak sebagai pengguna yang sepatutnya. Selain itu, melalui kelab ini, hubungan yang mesra dan erat dapat terjalin dalam kalangan pelajar.
VISI

Kelab pengguna memupuk pelajar-pelajar menjadi seorang yang bijaksana dan mengetahui hak-hak sebagai seorang pengguna.

 MISI

Kelab pengguna akan menjadi model kelab di peringkat Labuan pada tahun 2015.


 OBJEKTIF

Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna serta isu-isu kepenggunaan semasa.

Meningkatkan pengalaman, kemahiran & kepimpinan di dalam hal-hal kepenggunaan.

Memupuk semangat berpasukan dan bersatu-padu di kalangan ahli-ahli kelab dalam membuat keputusan dan menyuarakan pendapat di dalam hal-hal kepenggunaan.

Menyemarakkan kegiatan kepenggunaan di kalangan ahli kelab dan rakan sekolah